iMOL Archives - Tahanan dibebaskan, kereta terbakar, barangan mereka masih ‘ditahan’
Welcome iMOL Archives

imol

 

 
Home 2SubscribeTrigger HappyEthnic ClashForumHistorySocialPoliticsEconomyEducationPlantation WorkersAbout me
Silence is not an option when things are ill done - Lord Alfred Dennings
Search   in  

 Create an AccountMain Home | Submit News | Your Account | Content | Topics | Top 10  

Modules
· Home
· Advertising
· AvantGo
· Feedback
· Forums
· Private Messages
· Recommend Us
· Search
· Statistics
· Stories Archive
· Submit News
· Surveys
· Top 10
· Topics
· Your Account

Who's Online
There are currently, 9 guest(s) and 0 member(s) that are online.

You are Anonymous user. You can register for free by clicking here

Languages
Select Interface Language:


Random Headlines

National: Politics
[ National: Politics ]

·After 54 years should Malaysian Indians still keep nambikai (faith) in BN govern
·Motion urging government to draft an act on Race Relations
·Karpal: Up to DAP disciplinary committee to deal with Ramasamy issue
·For Malaysian Christians, an Anxious Holiday Season
·Rayer Challenges Ramasamy To Present Evidence
·Mr Khairy, know what you are talking.
·Mr. DPM. Please walk the talk.
·MP gets earful for comments to media
·Thiruttu karrupan made a senator

  
Tahanan dibebaskan, kereta terbakar, barangan mereka masih ‘ditahan’

Contributed by Anonymous on Tuesday, December 11 @ 20:55:48 CST

National: Politics

  1. Dr. Hatta Ramli (Bendahari PAS)
  2. Ustazah Nuridah Mohd Salleh  (Ketua Dewan Muslimat PAS)
  3. Dr. Lo’ Lo’ Ghazali (Ahli Jawatankuasa PAS Pusat)
  4. Ustaz Nasruddin Tantawi (Timbalan Ketua Pemuda PAS)
  5. Tian Chua (Ketua Penerangan PKR)
  6. Ang Hiok Gai (Ahli MPT KeADILan)
  7. Dr Nasir Hashim (Pengerusi Protem Parti Sosialis Malaysia)
  8. S. Arutchelvan (Setiausaha Agung PSM)
  9. A. Sivarajan (Ahli Jawatankuasa Pusat Protem Parti Sosialis Malaysia)
  10. Abdul Razak Ismail (Koordinator Informasi, Labour Resource Centre)
  11. Azira Ariffin (Aktivis)
  12. Hashim Awang (Aktivis)
  13. Mohd Sabri Shafie (Aktivis)
  14. Mohd Badilah Muda (Aktivis)
  15. Norazimah Mohd Nor (Aktivis)
Kesemua mereka diminta untuk menghadirkan diri pada pukul 9 pagi, 18 Disember ini di Mahkamah Majistret Jalan Duta, Kuala Lumpur atas tuduhan menyertai perhimpunan aman.
Sebelum itu, seramai 9 orang telah dibebaskan terlebih dahulu tanpa sebarang pendakwaan iaitu;
  1. Dato’ Mustafa Ali (Ahli Jawatankuasa PAS Pusat)
  2. Dr Dzulkifli Ahmad (Ketua Pusat Penyelidikan PAS)
  3. Tan Sri Khalid Ibrahim (Setiausaha Agung PKR)
  4. Yap Swee Seng (Pengarah Eksekutif Suaram )
  5. Wong Chin Huat (WAMI)
  6. Mokhtar Rozaidi (Pengurus Iklan Harakah)
  7. Mien Lor (KOMAS)
  8. V. Gayathry (CIJ)
  9. Abdul Muhaimin Roslan (Remaja 13 Tahun)
Semasa penahanan, mereka turut diminta menandatangani surat penafian hak peguam untuk membela mereka tanpa kebenaran Polis. Ust Nasarudin berkata;
“Pihak polis telah menerangkan hak-hak mereka termasuklah untuk berdiam diri atau mendapatkan khidmat peguam. Walaubagaimana pun pihak polis mendakwa bahawa mereka mempunyai ‘kuasa tersendiri’ untuk mengabaikan hak tersebut termasuklah tidak membenarkan khidmat peguam digunakan semasa keterangan mereka diambil”.
Ust. Nuridah pula menyatakan bahawa pada pukul 6 petang semalam, tahanan wanita telah dibawa ke Lokap Jalan Travers manakala tahanan lelaki dibawa ke Lokap Jalan Pudu. Walaubagaimana pun, tiba-tiba sahaja pegawai pengiring mereka menerima arahan untuk membawa mereka kembali ke Ibu Pejabat Polis Kuala Lumpur di Jalan Hang Tuah. Nampaknya pihak Polis pun keliru dan tidak tahu apa yang sepatutnya mereka lakukan.
Sebelum itu, pada kira-kira pukul 2 petang Tian Chua telah di bawa ke Mahkamah Majistret Kuala Lumpur untuk mendapatkan perintah lanjutan penahanan. Walaubagaimana pun, disebabkan kegagalan pihak Polis mengemukakan dokumen pertuduhan yang lengkap, Tian Chua dibawa pulang ke IPK Jalan Hang Tuah. Pihak polis mengakui bahawa mereka memang tergesa-gesa pada ketika itu kerana menerima desakan yang hebat dari ‘atas’.
Selepas dibebaskan, Tian Chua telah membuat satu aduan berhubung kenderaan milik Saudara Abdul Razak Ismail (Koordinator Informasi, Labour Resource Centre) yang terbakar ketika ditunda oleh Polis dari tempat penangkapan di hadapan Parlimen. Pihak polis mendakwa bahawa kereta tersebut telah terbakar dengan sendirinya dan tidak ada kena mengena dengan mereka.
Walaubagaimana pun, Tian Chua mendakwa bahawa kereta tersebut sengaja dibakar oleh pihak Polis. Tiada sebab kereta itu boleh terbakar dengan sendirinya, sedangkan tiada siapa yang menghidupkan enjin kenderaan itu selepas beliau dan razak ditahan.
Selain itu, Norazimah Mohd Nor pula mendakwa bahawa pihak polis telah ‘menahan’ handphone beliau untuk siasatan lanjut. Walaupun telah diminta untuk dipulangkan, namun pihak polis enggan bekerjasama. Mereka meminta Nora menyediakan penjamin jika mahu ’membebaskan’ handphone tersebut.
Tidak cukup dengan itu, sebuah kamera digital dan notebook turut diambil dan enggan dipulangkan oleh pihak polis. Pihak polis hanya berjanji akan memulangkan ke semua barang yang ‘diambil’ itu selepas siasatan selesai.
Dalam perkembangan terakhir, pimpinan dan aktivis BERSIH yang ditahan ini mengutuk sikap bacul Perdana Menteri yang mempergunakan ratusan anggota Polis bagi menghadapi menghadapi mereka pada hari semalam. Kehadiran mereka di Parlimen adalah secara aman dan jumlah yang hadir tidak sampai 30 orang. Mereka disambut oleh ratusan anggota Polis yang berkubu dihadapan Parlimen.
Pada waktu ini, mereka juga meminta agar ahli dan penyokong gabungan BERSIH tidak gentar dengan segala apa yang telah terjadi dan meneruskan agenda perjuangan yang telah didokong secara bersama sebelum ini.

 
Login
Nickname

Password

Don't have an account yet? You can create one. As a registered user you have some advantages like theme manager, comments configuration and post comments with your name.

Related Links
· More about National: Politics
· News by sound


Most read story about National: Politics:
Hindraf on Bk Bkt Selambau


Article Rating
Average Score: 0
Votes: 0

Please take a second and vote for this article:

Excellent
Very Good
Good
Regular
Bad


Options

 Printer Friendly Printer Friendly


Google
 
Disclaimer: The views expressed by the authors and comments on this website are the sole responsibility of the writers themselves. The writer will take full responsibility, liability, and blame for any libel or litigation that results from something written in or as a direct result of something written in a comment. The accuracy, completeness, honesty, exactitude and factuality of the articles and comments are not guaranteed by iMOL.

If you do not wish any of your writing republished here, please send mail to sound20[at]gmail.com. Allow us one month to remove it. Thanks. Copyright © 1998 iMOL

Page Generation: 0.19 Seconds