iMOL Archives - Lima Pemimpin Hindraf nafi mereka berpecah.
Welcome iMOL Archives

imol

 

 
Home 2SubscribeTrigger HappyEthnic ClashForumHistorySocialPoliticsEconomyEducationPlantation WorkersAbout me
Silence is not an option when things are ill done - Lord Alfred Dennings
Search   in  

 Create an AccountMain Home | Submit News | Your Account | Content | Topics | Top 10  

Modules
· Home
· Advertising
· AvantGo
· Feedback
· Forums
· Private Messages
· Recommend Us
· Search
· Statistics
· Stories Archive
· Submit News
· Surveys
· Top 10
· Topics
· Your Account

Who's Online
There are currently, 9 guest(s) and 0 member(s) that are online.

You are Anonymous user. You can register for free by clicking here

Languages
Select Interface Language:


Random Headlines


[ ]


  
Lima Pemimpin Hindraf nafi mereka berpecah.

Contributed by Anonymous on Tuesday, January 15 @ 02:41:27 CST

Lima pemimpin Hindraf yang sedang ditahan di bawah ISA - P Uthayakumar, V Ganabatirau, M Manoharan, R Kenghadharan and T Vasantha Kumar - menafikan bahawa mereka telah berpecah. Sebaliknya - sewaktu bertemu dengan para peguam mereka hari ini - kelima-lima mereka berikrar untuk sama-sama berjuang demi kebaikan masyarakat India di negara ini. Salah seorang peguam mereka, M Kula Segaran, yang juga ahli


Parlimen DAP bagi Ipoh Barat berkata, mereka juga menafikan khabar angin dan laporan bahawa mereka tidak bercakap antara sama lain dan ada antara mereka yang mengaku terhadap tuduhan terbabit dengan kumpulan pengganas. "Mereka menafikan wujud sebarang masalah antara mereka dan menolak sebarang dakwaan mengenainya sebagai satu pembohongan," kata Kula Segaran yang juga naib pengerusi DAP dalam satu kenyataan hari ini. Menurutnya, mereka berazam untuk terus berjuang bersama bagi meningkatkan kehidupan masyarakat India dan tidak pernah goyah dalam tuntutan-tuntutan yang dibuat kepada kerajaan, terutama mengenai tuntutan 18 perkara. "Mereka juga akan mengadakan mogok lapar dari 21 Januari hingga 28 Januari dan menggesa rakyat Malaysia supaya sama-sama berbuat demikian untuk kebaikan masyarakat India," katanya. Lembaga Penasihat ISA Pada 15 Januari lalu, Lembaga Penasihat ISA, telah bersidang untuk meneliti tuduhan-tuduhan terhadap lima pemimpin Hindraf itu yang sedang ditahan di kem tahanan Kamunting. Selain Kula Segaran, mereka diwakili oleh peguam Karpal Singh, A Sivanesan, S Ponnumugam, M Manogran, T Kumar dan Ram Karpal Singh. Lembaga Penasihat itu dipengerusikan oleh Yusuf Sam dan dibantu oleh dua orang lagi. Kementerian Keselamatan Dalam Negeri diwakili oleh Penasihat Undang-undangnya. Pendengaran lembaga tersebut ditangguhkan hingga 12 Februari depan. Menurut Kula Segaran, antara aduan yang kelima-lima tahanan itu mahu diberi perhatian segera ialah: 1. Mereka menuntut dikurangkan masa kurungan. (Pada masa ini kelima mereka dikurung hampir 16 jam sehari. Masa tahanan ialah antara jam 11.30- 2.45 dan antara jam 6.30- 7.30 pagi setiap hari. Selepas mengurung tahanan, pengawal akan menyerahkan kunci kepada pegawai pentadbiran, yang berada agak jauh dari bilik kurungan. Jika berlaku kecemasan, seperti kebakaran, adalah agak mustahil untuk mengeluarkan tahanan dengan segera). 2. Mereka tidak mahu dikurung seperti penjenayah. 3. Mereka mahu akses kepada komputer dan TV. 4. Mereka mahu membaca buku dan majalah semasa. (Pusat sumber tidak mempunyai buku dan majalah semasa. Majalah The Time dan Readers Digest adalah terbitan tahun 2001. Pusat itu boleh diakses seminggu sekali. Tahanan mahu lebih banyak buku dan majalah semasa disediakan dan pusat itu dibuka setiap hari. 5. Mereka mahu lebih masa untuk bertemu keluarga mereka. (Keluarga hanya boleh menemui tahanan untuk tempoh maksima 45 minit. Namun begitu, pengawal sentiasa berada bersama mereka di bilik lawatan. Anak-anak tahanan tidak dibenarkan berada sendirian dan/atau tidak benarkan berjalan dengan tahanan). 6. Mereka mahu makanan dibenar dibawa dari luar. (Berbanding dengan bekas tahanan-tahanan yang dibenarkan menerima makanan dari luar. sekarang lima tahanan tersebut tidak dibenar berbuat demikian atau keluarga mereka tidak boleh membawa sebarang makanan untuk mereka). 7. Mereka mahu dibenarkan ke kuil untuk bersembahyang. (Pada masa ini, mereka tidak dapat ke kuil walaupun kelima-lima mereka adalah penganut agama Hindu). 8. Makanan untuk vegetarian. (Dalam kes R Kengatheran, seorang vegetarian dan hanya makan Chapatti sebagai makanan asas, ini tidak disediakan kepadanya. Bila ditanya, pengarah berkata, peraturan tidak menyatakan di mana-mana bahawa Chapatti mesti disediakan, dan kerana itu banyak hari beliau tidak makan. Kengatheran berkata "jika kerajaan tahu bagaimana hendak menahan saya, maka ia juga sepatutnya tahu bagaimana beri saya makam"). Hak asasi manusia AKhirnya, kata beliau, kelima-lima tahanan tersebut secara bersama menandatangani satu kenyataan bertulis yang berbunyi: "Kami yang menurunkan tandatangan, dengan ini mengesahkan bahawa mulai 21 Januari 2008, kesemua lima tahanan akan mengadakan mogok lapar atas sebab-sebab berikut: 1. Penahanan tidak sah dan tidak mengikut perlembagaan dan melanggar deklarasi sejagat hak asasi manusia. 2. Tuntutan-tuntutan yang dibuat oleh Hindraf bagi memulihkan hak-hak masyarakat India, hendaklah dilaksanakan segera, dan 3. Memohon pertolongan Tuhan Akhir sekali, sekiranya sesuatu yang tidak diingini terjadi kepada salah seorang kami, pihak-pihak yang bertanggungjawab terhadapnya ialah: 1. Perdana Menteri Malaysia. 2. Kerajaan Malaysia. 3. Majoriti senyap yang dirujuk oleh PM "Penahanan tanpa bicara terhadap kelima mereka di bawah ISA telah meletakkan Malaysia di peta tunia sebagai salah sebuah negara yang tidak menghormati nilai-nilai hak asasi manusia. "Kami berharap kerajaan akan mengambil langkah-langkah untuk membebaskan kelima-lima mereka tanpa syarat secepat mungkin," kata Kula Segaran.

 
Login
Nickname

Password

Don't have an account yet? You can create one. As a registered user you have some advantages like theme manager, comments configuration and post comments with your name.

Related Links
· More about
· News by sound


Most read story about :
A needlessly sharp reaction


Article Rating
Average Score: 0
Votes: 0

Please take a second and vote for this article:

Excellent
Very Good
Good
Regular
Bad


Options

 Printer Friendly Printer Friendly


Google
 
Disclaimer: The views expressed by the authors and comments on this website are the sole responsibility of the writers themselves. The writer will take full responsibility, liability, and blame for any libel or litigation that results from something written in or as a direct result of something written in a comment. The accuracy, completeness, honesty, exactitude and factuality of the articles and comments are not guaranteed by iMOL.

If you do not wish any of your writing republished here, please send mail to sound20[at]gmail.com. Allow us one month to remove it. Thanks. Copyright 1998 iMOL

Page Generation: 0.15 Seconds